Friday, November 18, 2011

Tahniah Wak!

Semangat nak tengok bola petang tadi, aku sempat lah tertengok buletin utama pukul 7.30 malam. Walhal sebelum ni tak pernah pun tergerak nak tengok buletin utama melainkan part berita sukan. Adalah cerita pasal keputusan UPSR keluar. Macam-macam ragam, gaya, perasaan, luahan dan sebagainya. 

"Rasa-rasa aku lah, zaman aku dulu tak ada pulak ambil keputusan duduk atas pentas, cikgu bagi siap dalam frame lagi" Bila aku ingat-ingat semula waktu ambil keputusan UPSR dulu.

Tahun 1997

Lebih kurang 7.30 pagi, abah hantar aku kesekolah sebelum abah pergi ke kebun getah untuk menoreh. Aku antara yang terawal sampai pagi tu, sedangkan keputusan UPSR hanya diberikan selepas pukul 8.30 pagi. Tak berapa lama selepas aku sampai, barulah kelihatan ramai yang datang. Aku sempat duduk dan berborak dengan abang tukang kebun sekolah sebelum kami dipanggil naik ke pejabat untuk mengambil keputusan.

"Tahniah Wak! ko dapat cemerlang!" Kata abang tukang kebun sambil tersenyum bangga. (Aku tak pasti dia senyum bangga atau apa sebenarnya. Hihihi). 
"Alah! tipu la bang!" Sambil tersengih-sengih. Walhal, dalam hati aku asyik Ameen! ameen!

"Mohd Naim b. Marsidi!" Panggil Kak Wan, kerani pejabat di sekolah aku, setelah kami di benarkan naik beramai-ramai ke pejabat sekolah untuk mengambil keputusan. Aku mencelah-celah barisan untuk kehadapan.

"Tahniah!" Kata Kak Wan sambil menghulurkan slip keputusan. Aku buka slip dengan ceria, gembira dan seronok, tapi tak menangis macam dalam TV.(Atau mungkin sebab aku tak masuk TV kot. Kalau masuk TV, mungkin aku menangis juga. Hihihihi.)

"Pergh! dapat 5A!" Yang sebenarnya, aku tak ingat pun apa yang aku ucapkan. Sebabnya, apa yang aku ingat selepas aku dapat keputusan ialah aku dah berlari-lari turun naik bukit nak cepat sampai ke rumah sambil tangan kanan pegang slip keputusan dan tangan kiri pegang sebelah selipar yang putus.

"Ha, macam mana keputusan?" Mak bertanya dengan muka penuh minat.

"Hmmppph! Mak tengok sendiri lah mak." Aku menyerahkan keputusan sambil buat muka sedih.

"Takpe lah Im. Jangan sedih-sedih." Kata mak memujuk aku.

"Eh! Ini dapat 5A ni! Ko tipu mak ye!" Kata mak separa menjerit dengan muka yang sangat ceria. Dan itu adalah antara hari-hari yang aku dapat tengok emak sangat ceria.

Terima kasih mak! Terima kasih Abah!

// Tahniah kepada semua adik-adik sama ada yang cemerlang dengan keputusan UPSR mereka ataupun tidak. Selamat melangkah ke dunia baru yang lebih mencabar! Semoga anda semua terus berjaya!

// Tahniah juga kepada Skuad Harimau Muda (Malaysia Under-23) yang berjaya mengalahkan Timnas Bawah 23 Indonesia. Jyeah! 

1 comment:

  1. aku rase la kan beb..kite ni kategori zaman dolu2..tahap kematangan x same ngan budak zaman laa ni.tu yg x emosi mcm dorg...:)

    ReplyDelete