Tuesday, October 16, 2012

Random Post - Tempat Keroje


Laptop hidup segan mati tak mahu, meja yg "kemas dan rapi", stationary yg kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada,  colgate plax yg tak tau da expired ke belum, wallet yang tebal dengan resit, bukan nya duit, telefon cokia tekan tekan mati, tekan tekan hidup semula, sticky note, katalog asus (konon-konon nak beli laptop baru la, nak suruh office sponsor. hahah) kopi arab (perghh..bau dia tak tahan aku. tapi rasa dia boleh tahan lah) dan anmum. anmum? Oh ye. Sample package yg di hantar oleh anmum  untuk wife aku yg di alamatkan ke office aku. bukan aku yg minum. (Err.. Dah nak bersalin baru hantar sample package?) 

Friday, October 12, 2012

Dredd Vs Zombies - Let The Games Begin?

Hahahaha! Abis semua benda nk "Let the games begin!" Nampak sangat pengaruh Bane ni dah menular dalam pemikiran anak-anak muda. Gile! Ni semua ajaran yg di bawak oleh anak-anak buah Bane la ni, macam @Xilantra.

Petang tadi waktu aku godek-godek Windows Market nak re-install application yg problem (Kalau pakai software penyamun je mesti ada problem! Aku la, orang lain aku tak tau la.) aku terjumpa la satu game, Dredd Vs Zombie. Dredd tau Dredd? Kalau tak tau esok g library sekolah carik buku pasal Dredd. Kalau tak jumpa baru google kt internet. No?

Game ni ala-ala Plant vs Zombie la, tapi versi Dredd. Dengan pistol dan senapang, dengan baju seragam dredd, dengan zombie yg tiba-tiba muncul dari dalam lantai, dengan zombie beracun, eh, macam-mcam lagi lagi lah ada dalam game ni. Ingat pakcik iklan estro tu cakap? "Macam-macam adoooo!" Chop! Iklan tu pakcik ke makcik yang cakap? *Lupe. Aku tatau la bila game ni mula wujud, tapi aku sedar kewujudan dia petang tadi lah. *slowpoke.

Gambar : Battlegrip.com

Ha, atas tu gambar iklan ke poster ke, aku tak pasti lah. Game ni untuk mobile device (android and iOs) aku rase. Tapi selamba je aku main kt laptop. Ok je, tak ada masalah. ( Biasalah, Windows 8 kan power! Ok, sumpah! Microsoft xbayar aku satu sen pun untuk aku cakap Windows 8 power!) Windows 8 je kot boleh main. Windows lain tak boleh. Windows lain boleh main buka tutup bukak tutup je la. Pagi-pagi bukak, dah nak maghrib tutup. Hahahah!

Dah. Sekarang yang aku nak cerita bukan pasal windows dia ke ape ke. Yang aku nak cerita sekarang ni, macam mane kerja aku nak siap kalau aku asyik duk main menda ni je? Ha, sape nak jawab? Malam ni aku ingat nak sambung buat kerja, alih-alih buka laptop, "Let The Games Begin!" Punah...


Thursday, October 11, 2012

Lets The Game Begin *Bane Voice*

Tengah diam-diam buat kerja ni. Tiba-tiba je "Lets the game begin!" Sambil tersengih-sengih.
Aku pandang sebelah. "Ko ni apa hal? Nak kena hempok? Hahaha." Sengal gila member aku ni.

Ye. Sebelah workspace aku ada satu brotha  ni yang suka buat Bane Voice. Ha, dialog kat atas tu pasal dia lah. Kalau tak buat sekali dalam satu hari memamg tak sah. Sampai aku pun tersampuk jadi Bane. Kihkihkih. Oh ye, College Humor pon ada buat video pasal Bane Voice ni.


Ooohhh My God! Its sooo broken! Hahaha.. Sumpah kelakar! Kalau tak kelakar korang geletek la diri sendiri bagi tergelak.

Bane pon Bane jugak lah. Masalah sekarang ni kerja aku tak siap-siap. Duh!


Tuesday, June 12, 2012

Kau datang Nora? @#$%*!

Boleh tahan lama juga aku tak membuat sebarang blog entri. Kalau dikira secara agak-agak, ada la dalam enam bulan. Kalau dikira secara betul-betul berapa lama tempohnya, err.. korang kira sendiri lah kalau korang rajin. Kihkihkih.. Semenjak dua menjak lepas berkeluarga ni agak sibuk gamaknya. Dengan bermacam-macam urusan dari mula bangun pagi sampai la nk tidur semula. (Berapa banyak da ko punya sibuk da?)

Entah kenapa aku tergerak hati nak buat blog entri ni aku pun tak tahu. Buang tabiat agaknya. Atau pun mungkin sebab kepala aku tengah tak berapa nak betul dan mata rabak tak ingat sebab tak tidur malam tadi. Nak kata tengok bola, takde la tengok sangat. Nak kata buat kerja, pun takde buat sangat. Ha, tengok! Baru separuh jalan menulis dah mula rasa malas + ngantuk + sengal-sengal otak. Aih! Ni semua salah government la ni.(Melawak je wey!) Kihkihkih.  Tak pasal-pasal aku kena ISA nanti. Lol.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kau datang Nora?" Abang Komeng bertanya sambil riak mukanya seakan tidak percaya yang Nora datang ke rumahnya dan menyangkakan bahawasanya tangkal dan jampi dari tok bomoh betul-betul mujarab. Walhal Nora awal-awal lagi sudah berpakat dengan DoReMi.

"Sudah-sudah! Kau tadi nak buang air kan? Kau pergi sekarang!" Abang Komeng mengarahkan anak-anak buahnya keluar supaya dia dapat berdua-duaan bersama dengan Nora.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kahkahkah. Gila! 

Psst! Aku ketandusan idea nak buat kerja ni. Tolong?

Tuesday, December 13, 2011

Mata Mengantuk dan Kerja yang Bertimbun - Jom tidur?

Adalah menjadi satu penyeksaan kepada mata, jiwa dan raga bila ada banyak kerja yang perlu diselesaikan, akan tetapi posisi kelopak mata sangatlah tidak membantu. Sekejap nak tertutup, sekejap nak terbuka. (Sebenarnya lebih kepada lama tertutup, dan sekejap terbukanya. Kihkihkih). Jadi, apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan kita terus selamat belayar? Kau tak pernah mengantuk ke? Wah! Power betul kau tak pernah mengantuk waktu kerja. Kalau aku, boleh dikira dengan jari berapa hari aku tak mengantuk dalam seminggu. Kihkihkih!

Berikut adalah aktiviti yang sesuai dijalankan ketika mengantuk sewaktu membuat kerja di tempat kerja kau. Ha, kau lah! Siapa lagi. Belakang kau bukan ada orang!

1. Berjalan ke pantri sambil melompat ala-ala bermain ting-ting untuk membuat secawan dua kopi atau pun nescafe ( Bergantung kepada kemurahan hati bos kau, dia nak letak kopi ke nescafe kt pantri tu. Kalau tempat kerja lama aku, dia letak air kosong je, sebab miskin sangat barangkali. Kalau nak juga nescafe, boleh mengemis pada budak-budak admin. "Nescafe ni tak boleh mintak hari-hari tau. Polisi syarikat." Hah?

2. Pergi ke meja rakan sebelah, ataupun rakan di tingkat yang lain untuk membuat lawatan kerja sambil berborak. Peratusan untuk menghilangkan mengantuk dengan aktiviti ini sangat tinggi, akan tetapi terdapat kekurangan yakni, kau akan kembali mengantuk apabila kau duduk semula di tempat kau dan mula membuat kerja.

3. Kau juga boleh mencuba teknik membuat tarian poco-poco di tengah-tengah ruang tempat kerja kau. Untung sabut kau timbul dan nasib kau baik, kawan-kawan kau datang join kau sekali menari poco-poco. Akan tetapi, kalau untung batu kau tenggelam. "Hoi! Kau dah takada kerja ke?" Kau kena sound dengan tuan kau sebab dia tak suka poco-poco. (Sebenarnya, dia bukan tak suka poco-poco, dia cemburu pada kau kerana kau pandai menari poco-poco, tetapi dia tidak.) Jadi, kau teruskan sahaja tarian itu. Kau jangan peduli sama dia.

4. Kalau semua di atas kau dah cuba, dan kau masih tak hilang mengantuk, kau tidur sahaja. Banyak opsyen tempat yang kau boleh pilih untuk melelapkan mata barang sepuluh lima belas minit. Kau boleh tidur di atas meja, di bawah meja, di dalam surau, di dalam tandas (kalau kau sanggup la) atau paling terbaik, kau balik rumah tidur. Dah puas tidur, kau datang semula ke tempat kerja. Hahaha!

Psst! Kenapa tak mengantuk ye waktu tulis blog? Kihkihkih!

LRT, Komuter, dan Perkara-perkara yang Terlarang

Sejak seminggu yang lepas, aku telah menggunakan LRT sebagai pengangkutan rasmi untuk ke tempat kerja setelah berpindah tempat kerja. Macam-macam perkara, ragam, perangai dan tingkah laku manusia dapat dilihat ketika berada dalam tren. Hari ini aku nak menulis tentang perkara-perkara terlarang yang sangatlah tidak di alu-alukan ketika menaiki tren yang dapat aku perhatikan sepanjang aku menaiki tren minggu lepas.

1. Mengangkat tangan setinggi yang boleh sehingga ketiak berada di muka penumpang sebelah. Ini adalah perkara terlarang yang paling dilarang sekali tidak kira sama ada kau perempuan atau lelaki. Sudahlah kau tak pakai pewangi ketiak, ditambah pulak dengan badan kau yang berpeluh! Boleh pengsan penumpang sebelah kau. Lagi-lagi yang paras ketinggian separa dengan ketiak kau. (Bawak-bawak la diri tu pergi ke watsons / guardian / kedai ubat cina / mana-mana lah untuk beli pewangi ketiak. Cap ayam pun tak apa. Yang penting ketiak kau tak berbau!) Nasib baiklah ketinggian aku ni di atas paras ketinggian ketiak kau. Kalau tak, boleh pengsan aku.

2. Berebut-rebut nak masuk ke dalam tren dikala penumpang yang di dalam tren belum sempat keluar. Ini jugak adalah perkara yang pantang dibuat. "Hoi! Tak nampak ke orang kat dalam tak habis keluar lagi ni!" Selamba aku sound segerombolan penumpang sakai yang tak reti bersabar nak masuk tren. Kebiasaannya perkara ini dilakukan oleh penumpang-penumpang komuter. Penumpang LRT pada aku sedikit berhemah dan berbudi bahasa.(Sedikit je tau!)

3. Kau sangat kacak dan cantik serta sihat bertenaga super power! tapi kau buat tak tau je senang lenang duduk, bila ada kakak yang sedang memboyot sarat mengandung berdiri depan kau. Ini merupakan perkara pantang, akan tetapi ia selalu dilakukan oleh penumpang-penumpang  LRT dan Komuter (Tak ada pengecualian untuk kali ini). Tak ada pulak kau nak offer  dia duduk di tempat kau. Orang macam kau ni patut buat Komuter dan LRT sendiri, naik sendiri, bawak sendiri!

4. Telefon kau berbunyi dan kau bercakap dengan nada suara yang sangat tinggi seolah-olah kau sorang je ada dalam LRT tu. Eh! Kau tak perasan ke, semua orang tengok kau bila kau cakap kuat-kuat? Atau kawan kau yang telefon kau tu telinga dia ada masalah? Kalau kau cakap seminit dua tak apa lah. Ini kau cakap bukan main lama, sampai brader bob marley  sebelah aku geleng kepala.

Dah macam karangan pulak aku tengok entri ni. Cukup dah kot. Kalau banyak sangat patah perkataan nanti, markah karangan tinggi sangat pulak. Kehkehkeh! 

Psst! Eh! Kau pakai deodorant apa? Wangi lah deodorant kau! Kihkihkih!

Friday, November 18, 2011

Rokok Dan Kopiah - Filem Pendek oleh Mat Luthfi


Pada aku, video di atas adalah video yang terbaik pernah Mat Luthfi hasilkan. Hats off to Mat Luthfi. Semoga aku, korang dan semua orang yang menonton video ni dapat ambil pengajaran samaada tersurat mahupun tersirat. Terima kasih Mat Luthfi!

// Korang boleh juga check video lain yang Mat Luthfi buat kt Youtube dia.