Tuesday, December 13, 2011

LRT, Komuter, dan Perkara-perkara yang Terlarang

Sejak seminggu yang lepas, aku telah menggunakan LRT sebagai pengangkutan rasmi untuk ke tempat kerja setelah berpindah tempat kerja. Macam-macam perkara, ragam, perangai dan tingkah laku manusia dapat dilihat ketika berada dalam tren. Hari ini aku nak menulis tentang perkara-perkara terlarang yang sangatlah tidak di alu-alukan ketika menaiki tren yang dapat aku perhatikan sepanjang aku menaiki tren minggu lepas.

1. Mengangkat tangan setinggi yang boleh sehingga ketiak berada di muka penumpang sebelah. Ini adalah perkara terlarang yang paling dilarang sekali tidak kira sama ada kau perempuan atau lelaki. Sudahlah kau tak pakai pewangi ketiak, ditambah pulak dengan badan kau yang berpeluh! Boleh pengsan penumpang sebelah kau. Lagi-lagi yang paras ketinggian separa dengan ketiak kau. (Bawak-bawak la diri tu pergi ke watsons / guardian / kedai ubat cina / mana-mana lah untuk beli pewangi ketiak. Cap ayam pun tak apa. Yang penting ketiak kau tak berbau!) Nasib baiklah ketinggian aku ni di atas paras ketinggian ketiak kau. Kalau tak, boleh pengsan aku.

2. Berebut-rebut nak masuk ke dalam tren dikala penumpang yang di dalam tren belum sempat keluar. Ini jugak adalah perkara yang pantang dibuat. "Hoi! Tak nampak ke orang kat dalam tak habis keluar lagi ni!" Selamba aku sound segerombolan penumpang sakai yang tak reti bersabar nak masuk tren. Kebiasaannya perkara ini dilakukan oleh penumpang-penumpang komuter. Penumpang LRT pada aku sedikit berhemah dan berbudi bahasa.(Sedikit je tau!)

3. Kau sangat kacak dan cantik serta sihat bertenaga super power! tapi kau buat tak tau je senang lenang duduk, bila ada kakak yang sedang memboyot sarat mengandung berdiri depan kau. Ini merupakan perkara pantang, akan tetapi ia selalu dilakukan oleh penumpang-penumpang  LRT dan Komuter (Tak ada pengecualian untuk kali ini). Tak ada pulak kau nak offer  dia duduk di tempat kau. Orang macam kau ni patut buat Komuter dan LRT sendiri, naik sendiri, bawak sendiri!

4. Telefon kau berbunyi dan kau bercakap dengan nada suara yang sangat tinggi seolah-olah kau sorang je ada dalam LRT tu. Eh! Kau tak perasan ke, semua orang tengok kau bila kau cakap kuat-kuat? Atau kawan kau yang telefon kau tu telinga dia ada masalah? Kalau kau cakap seminit dua tak apa lah. Ini kau cakap bukan main lama, sampai brader bob marley  sebelah aku geleng kepala.

Dah macam karangan pulak aku tengok entri ni. Cukup dah kot. Kalau banyak sangat patah perkataan nanti, markah karangan tinggi sangat pulak. Kehkehkeh! 

Psst! Eh! Kau pakai deodorant apa? Wangi lah deodorant kau! Kihkihkih!

4 comments:

  1. Haah, dah tukar kerja.. genap 2 minggu dah hari ni.. hehe..

    ReplyDelete
  2. ooo...celah mn skang? siap kena nek lrt...

    ReplyDelete
  3. celah gunung ledang.. hahaha..
    kt bandar tasik selatan..

    ReplyDelete