Laptop hidup segan mati tak mahu, meja yg "kemas dan rapi", stationary yg kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada, colgate plax yg tak tau da expired ke belum, wallet yang tebal dengan resit, bukan nya duit, telefon cokia tekan tekan mati, tekan tekan hidup semula, sticky note, katalog asus (konon-konon nak beli laptop baru la, nak suruh office sponsor. hahah) kopi arab (perghh..bau dia tak tahan aku. tapi rasa dia boleh tahan lah) dan anmum. anmum? Oh ye. Sample package yg di hantar oleh anmum untuk wife aku yg di alamatkan ke office aku. bukan aku yg minum. (Err.. Dah nak bersalin baru hantar sample package?)
Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts
Tuesday, October 16, 2012
Tuesday, December 13, 2011
LRT, Komuter, dan Perkara-perkara yang Terlarang
Sejak seminggu yang lepas, aku telah menggunakan LRT sebagai pengangkutan rasmi untuk ke tempat kerja setelah berpindah tempat kerja. Macam-macam perkara, ragam, perangai dan tingkah laku manusia dapat dilihat ketika berada dalam tren. Hari ini aku nak menulis tentang perkara-perkara terlarang yang sangatlah tidak di alu-alukan ketika menaiki tren yang dapat aku perhatikan sepanjang aku menaiki tren minggu lepas.
1. Mengangkat tangan setinggi yang boleh sehingga ketiak berada di muka penumpang sebelah. Ini adalah perkara terlarang yang paling dilarang sekali tidak kira sama ada kau perempuan atau lelaki. Sudahlah kau tak pakai pewangi ketiak, ditambah pulak dengan badan kau yang berpeluh! Boleh pengsan penumpang sebelah kau. Lagi-lagi yang paras ketinggian separa dengan ketiak kau. (Bawak-bawak la diri tu pergi ke watsons / guardian / kedai ubat cina / mana-mana lah untuk beli pewangi ketiak. Cap ayam pun tak apa. Yang penting ketiak kau tak berbau!) Nasib baiklah ketinggian aku ni di atas paras ketinggian ketiak kau. Kalau tak, boleh pengsan aku.
2. Berebut-rebut nak masuk ke dalam tren dikala penumpang yang di dalam tren belum sempat keluar. Ini jugak adalah perkara yang pantang dibuat. "Hoi! Tak nampak ke orang kat dalam tak habis keluar lagi ni!" Selamba aku sound segerombolan penumpang sakai yang tak reti bersabar nak masuk tren. Kebiasaannya perkara ini dilakukan oleh penumpang-penumpang komuter. Penumpang LRT pada aku sedikit berhemah dan berbudi bahasa.(Sedikit je tau!)
3. Kau sangat kacak dan cantik serta sihat bertenaga super power! tapi kau buat tak tau je senang lenang duduk, bila ada kakak yang sedang memboyot sarat mengandung berdiri depan kau. Ini merupakan perkara pantang, akan tetapi ia selalu dilakukan oleh penumpang-penumpang LRT dan Komuter (Tak ada pengecualian untuk kali ini). Tak ada pulak kau nak offer dia duduk di tempat kau. Orang macam kau ni patut buat Komuter dan LRT sendiri, naik sendiri, bawak sendiri!
4. Telefon kau berbunyi dan kau bercakap dengan nada suara yang sangat tinggi seolah-olah kau sorang je ada dalam LRT tu. Eh! Kau tak perasan ke, semua orang tengok kau bila kau cakap kuat-kuat? Atau kawan kau yang telefon kau tu telinga dia ada masalah? Kalau kau cakap seminit dua tak apa lah. Ini kau cakap bukan main lama, sampai brader bob marley sebelah aku geleng kepala.
Dah macam karangan pulak aku tengok entri ni. Cukup dah kot. Kalau banyak sangat patah perkataan nanti, markah karangan tinggi sangat pulak. Kehkehkeh!
Psst! Eh! Kau pakai deodorant apa? Wangi lah deodorant kau! Kihkihkih!
Thursday, November 17, 2011
Karim Kicasso Versi Kartun (La Sangat)
Tiba-tiba mendapat idea untuk membuat signature untuk di letakkan pada gambar-gambar yang aku post. Oleh sebab aku tak keluar makan tengah hari, lalu aku menghabiskan lebih kurang setengah jam waktu rehat untuk membuat benda alah di atas. Crap! (Rugi masa tidur!)
Update : Aku telah mencuba sig pada gambar di entri sebelum ini. Err, boleh lah.
Update : Aku telah mencuba sig pada gambar di entri sebelum ini. Err, boleh lah.
Wednesday, November 16, 2011
The Along's
Mereka di atas adalah kanak-kanak riang ria dari keturunan Embah pada entri sebelum ini. Mereka merupakan cicit kepada Embah dan anak-anak kepada Along, yang juga merupakan sepupu aku yang mana ibu-ibu kami adalah anak-anak kepada Embah. Atau senang cakap, mereka ni anak saudara sepupu aku. Er, nama diorang tu pun aku tak pasti betul atau tak. Tapi takpe, diorang tak baca blog, so diorang tak tahu pun nama diorang salah. Hihihi.
Embah
Embah adalah nenek dalam bahasa jawa bagi mereka yang belum mengetahui, dan gambar di atas dalah gambar nenek/embah aku. Usia sebenar Embah tak pernah aku tahu. Barangkali dia sendiri tak pasti berapa umur sebenar dia. Hihihi.
"Kuwe iki jenengey sopo?" Itu adalah soalan yang selalu di tanya kepada kami adik beradik kalau balik kampung berjumpa dia, dek kerana mata dia yg kurang jelas penglihatannya (atau mungkin juga kami jarang-jarang balik menjenguk dia).
"Biuh biuh biuh! Wenak eai!" (tak pasti sama ada betul atau tak ejaan dan sebutan) Ayat ini selalu kedengaran kalau Embah tengah makan dan menikmati kelazatan makanan tersebut, yang bermakna makanan tersebut sangat enak. Hihihi.
"Kuwe kapan arep turu?" Yang ni bukan soalan yang Embah selalu tanya aku, akan tetapi soalan aku untuk diri sendiri bila nak tidur. Hihihi. Pasal nya sekarang da lewat pagi. Ok, sekarang masa untuk tidur, sebab dah lewat. Mungkin esok lusa aku sambung bercerita pasal embah, atau mungkin setakat ni sahaja. Hihihi. Selamat malam Embah!
Tuesday, October 18, 2011
Musim Kahwin Datang Lagi
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada rakan-rakan yang telah mahu pun yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat ini. Tahniah diucapkan dan minta maaf banyak-banyak kalau-kalau tak dapat nak menghadirkan diri ke majlis korang.
Seperti kebiasaan tahun-tahun yang lepas, penuh kalendar bulan 11 dan bulan 12 ni dengan jemputan kenduri kahwin dari kawan-kawan dan sanak sedara. Ha, tengok lah nanti, mana kenduri yang berkesempatan, aku singgah lah. Kalau tak berkesempatan tu, aku ucap tahniah dan selamat pengantin baru awal-awal lah ye.
Notakaki :- Asyik kenduri kahwin orang lain je, kenduri kahwin kau bila?
Location:
Jalan Pekaka 8/7, Kota Damansara
Sunday, October 16, 2011
Once Upon A Time in Bandung
Thursday, September 22, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)









