Tuesday, December 13, 2011

Mata Mengantuk dan Kerja yang Bertimbun - Jom tidur?

Adalah menjadi satu penyeksaan kepada mata, jiwa dan raga bila ada banyak kerja yang perlu diselesaikan, akan tetapi posisi kelopak mata sangatlah tidak membantu. Sekejap nak tertutup, sekejap nak terbuka. (Sebenarnya lebih kepada lama tertutup, dan sekejap terbukanya. Kihkihkih). Jadi, apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan kita terus selamat belayar? Kau tak pernah mengantuk ke? Wah! Power betul kau tak pernah mengantuk waktu kerja. Kalau aku, boleh dikira dengan jari berapa hari aku tak mengantuk dalam seminggu. Kihkihkih!

Berikut adalah aktiviti yang sesuai dijalankan ketika mengantuk sewaktu membuat kerja di tempat kerja kau. Ha, kau lah! Siapa lagi. Belakang kau bukan ada orang!

1. Berjalan ke pantri sambil melompat ala-ala bermain ting-ting untuk membuat secawan dua kopi atau pun nescafe ( Bergantung kepada kemurahan hati bos kau, dia nak letak kopi ke nescafe kt pantri tu. Kalau tempat kerja lama aku, dia letak air kosong je, sebab miskin sangat barangkali. Kalau nak juga nescafe, boleh mengemis pada budak-budak admin. "Nescafe ni tak boleh mintak hari-hari tau. Polisi syarikat." Hah?

2. Pergi ke meja rakan sebelah, ataupun rakan di tingkat yang lain untuk membuat lawatan kerja sambil berborak. Peratusan untuk menghilangkan mengantuk dengan aktiviti ini sangat tinggi, akan tetapi terdapat kekurangan yakni, kau akan kembali mengantuk apabila kau duduk semula di tempat kau dan mula membuat kerja.

3. Kau juga boleh mencuba teknik membuat tarian poco-poco di tengah-tengah ruang tempat kerja kau. Untung sabut kau timbul dan nasib kau baik, kawan-kawan kau datang join kau sekali menari poco-poco. Akan tetapi, kalau untung batu kau tenggelam. "Hoi! Kau dah takada kerja ke?" Kau kena sound dengan tuan kau sebab dia tak suka poco-poco. (Sebenarnya, dia bukan tak suka poco-poco, dia cemburu pada kau kerana kau pandai menari poco-poco, tetapi dia tidak.) Jadi, kau teruskan sahaja tarian itu. Kau jangan peduli sama dia.

4. Kalau semua di atas kau dah cuba, dan kau masih tak hilang mengantuk, kau tidur sahaja. Banyak opsyen tempat yang kau boleh pilih untuk melelapkan mata barang sepuluh lima belas minit. Kau boleh tidur di atas meja, di bawah meja, di dalam surau, di dalam tandas (kalau kau sanggup la) atau paling terbaik, kau balik rumah tidur. Dah puas tidur, kau datang semula ke tempat kerja. Hahaha!

Psst! Kenapa tak mengantuk ye waktu tulis blog? Kihkihkih!

5 comments:

  1. option 1, 2 & 4 mmg slalu dipraktikkan...hihi

    ReplyDelete
  2. Hahaha, lepas ni boleh try yang ke-3 kot. lolx

    ReplyDelete
  3. haha...idak la. klu wat konsert sorg2 tu logik...

    ReplyDelete
  4. ha, kalau konsert, kena panggil ramai orang.. baru meriah.. hahahah

    ReplyDelete
  5. kalo aku suke option yg last skali tu..blk umah tdo je...nk sgt tdo kan?biar b'kualiti...:)

    ReplyDelete