Friday, November 18, 2011

Tahniah Wak!

Semangat nak tengok bola petang tadi, aku sempat lah tertengok buletin utama pukul 7.30 malam. Walhal sebelum ni tak pernah pun tergerak nak tengok buletin utama melainkan part berita sukan. Adalah cerita pasal keputusan UPSR keluar. Macam-macam ragam, gaya, perasaan, luahan dan sebagainya. 

"Rasa-rasa aku lah, zaman aku dulu tak ada pulak ambil keputusan duduk atas pentas, cikgu bagi siap dalam frame lagi" Bila aku ingat-ingat semula waktu ambil keputusan UPSR dulu.

Tahun 1997

Lebih kurang 7.30 pagi, abah hantar aku kesekolah sebelum abah pergi ke kebun getah untuk menoreh. Aku antara yang terawal sampai pagi tu, sedangkan keputusan UPSR hanya diberikan selepas pukul 8.30 pagi. Tak berapa lama selepas aku sampai, barulah kelihatan ramai yang datang. Aku sempat duduk dan berborak dengan abang tukang kebun sekolah sebelum kami dipanggil naik ke pejabat untuk mengambil keputusan.

"Tahniah Wak! ko dapat cemerlang!" Kata abang tukang kebun sambil tersenyum bangga. (Aku tak pasti dia senyum bangga atau apa sebenarnya. Hihihi). 
"Alah! tipu la bang!" Sambil tersengih-sengih. Walhal, dalam hati aku asyik Ameen! ameen!

"Mohd Naim b. Marsidi!" Panggil Kak Wan, kerani pejabat di sekolah aku, setelah kami di benarkan naik beramai-ramai ke pejabat sekolah untuk mengambil keputusan. Aku mencelah-celah barisan untuk kehadapan.

"Tahniah!" Kata Kak Wan sambil menghulurkan slip keputusan. Aku buka slip dengan ceria, gembira dan seronok, tapi tak menangis macam dalam TV.(Atau mungkin sebab aku tak masuk TV kot. Kalau masuk TV, mungkin aku menangis juga. Hihihihi.)

"Pergh! dapat 5A!" Yang sebenarnya, aku tak ingat pun apa yang aku ucapkan. Sebabnya, apa yang aku ingat selepas aku dapat keputusan ialah aku dah berlari-lari turun naik bukit nak cepat sampai ke rumah sambil tangan kanan pegang slip keputusan dan tangan kiri pegang sebelah selipar yang putus.

"Ha, macam mana keputusan?" Mak bertanya dengan muka penuh minat.

"Hmmppph! Mak tengok sendiri lah mak." Aku menyerahkan keputusan sambil buat muka sedih.

"Takpe lah Im. Jangan sedih-sedih." Kata mak memujuk aku.

"Eh! Ini dapat 5A ni! Ko tipu mak ye!" Kata mak separa menjerit dengan muka yang sangat ceria. Dan itu adalah antara hari-hari yang aku dapat tengok emak sangat ceria.

Terima kasih mak! Terima kasih Abah!

// Tahniah kepada semua adik-adik sama ada yang cemerlang dengan keputusan UPSR mereka ataupun tidak. Selamat melangkah ke dunia baru yang lebih mencabar! Semoga anda semua terus berjaya!

// Tahniah juga kepada Skuad Harimau Muda (Malaysia Under-23) yang berjaya mengalahkan Timnas Bawah 23 Indonesia. Jyeah! 

Thursday, November 17, 2011

Karim Kicasso Versi Kartun (La Sangat)

Tiba-tiba mendapat idea untuk membuat signature untuk di letakkan pada gambar-gambar yang aku post. Oleh sebab aku tak keluar makan tengah hari, lalu aku menghabiskan lebih kurang setengah jam waktu rehat untuk membuat benda alah di atas. Crap! (Rugi masa tidur!)

Update : Aku telah mencuba sig pada gambar di entri sebelum ini. Err, boleh lah.

Wednesday, November 16, 2011

The Along's

Mereka di atas adalah kanak-kanak riang ria dari keturunan Embah pada entri sebelum ini. Mereka merupakan cicit kepada Embah dan anak-anak kepada Along, yang juga merupakan sepupu aku yang mana ibu-ibu kami adalah anak-anak kepada Embah. Atau senang cakap, mereka ni anak saudara sepupu aku. Er, nama diorang tu pun aku tak pasti betul atau tak. Tapi takpe, diorang tak baca blog, so diorang tak tahu pun nama diorang salah. Hihihi. 

Embah

Embah adalah nenek dalam bahasa jawa bagi mereka yang belum mengetahui, dan gambar di atas dalah gambar nenek/embah aku. Usia sebenar Embah tak pernah aku tahu. Barangkali dia sendiri tak pasti berapa umur sebenar dia. Hihihi.

"Kuwe iki jenengey sopo?" Itu adalah soalan yang selalu di tanya kepada kami adik beradik kalau balik kampung berjumpa dia, dek kerana mata dia yg kurang jelas penglihatannya (atau mungkin juga kami jarang-jarang balik menjenguk dia).

"Biuh biuh biuh! Wenak eai!" (tak pasti sama ada betul atau tak ejaan dan sebutan) Ayat ini selalu kedengaran kalau Embah tengah makan dan menikmati kelazatan makanan tersebut, yang bermakna makanan tersebut sangat enak. Hihihi.

"Kuwe kapan arep turu?" Yang ni bukan soalan yang Embah selalu tanya aku, akan tetapi soalan aku untuk diri sendiri bila nak tidur. Hihihi. Pasal nya sekarang da lewat pagi. Ok, sekarang masa untuk tidur, sebab dah lewat. Mungkin esok lusa aku sambung bercerita pasal embah, atau mungkin setakat ni sahaja. Hihihi. Selamat malam Embah! 

Wednesday, October 19, 2011

Usrah Umum Online - Jom Meriahkan

Usrah Umum Online (UUO) yang kedua, anjuran Organisasi E-Usrah, InsyaAllah akan dijalankan pada malam ini. Untuk maklumat lanjut berkenaan Usrah Umum Online pada malam ini, boleh lawati Facebook Event UUO. Tuan-tuan dan puan-puan hanya memerlukan PC yang mempunyai sambungan internet untuk mengikuti UUO ini. InsyaAllah, pengisian malam ini akan disampaikan oleh Pengasas E-Usrah sendiri, iaitu Tuan Syed Faizz. Jom!

Steve Jobs Hidup Semula!


Semalam aku terbaca satu artikel dalam The Star online pasal sekumpulan 40 orang yang cuba-cuba untuk reincarnate Steve Jobs. Kahkahkah! Kalau menda ni kat luar negara ke, tak pelik lah, tapi kat Malaysia? 

"About 40 people took part in a ritual in Pulau Jerejak, Penang, so that Apple founder Steve Jobs could be reincarnated." - The Star

Korang Baca lah sendiri kt The Star untuk artikel yg lebih lanjut. LOL!

Sumber gambar : Google Images

Tuesday, October 18, 2011

Musim Kahwin Datang Lagi

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada rakan-rakan yang telah mahu pun yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat ini. Tahniah diucapkan dan minta maaf banyak-banyak kalau-kalau tak dapat nak menghadirkan diri ke majlis korang.

Seperti kebiasaan tahun-tahun yang lepas, penuh kalendar bulan 11 dan bulan 12 ni dengan jemputan kenduri kahwin dari kawan-kawan dan sanak sedara. Ha, tengok lah nanti, mana kenduri yang berkesempatan, aku singgah lah. Kalau tak berkesempatan tu, aku ucap tahniah dan selamat pengantin baru awal-awal lah ye.

Notakaki :- Asyik kenduri kahwin orang lain je, kenduri kahwin kau bila?